Pendakwaan buat rayuan mohon batal keputusan mahkamah Bung, Zizie

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad atas tiga tuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan pelaburan FELCRA bernilai RM150 juta.

BH melaporkan, sumber Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan perkara itu.

“Betul, rayuan difailkan pada Jumaat lalu,” katanya.

Pada 7 September lalu, Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan untuk membebaskan pasangan itu selepas membenarkan mereka untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri pada tahun lalu.

Mahkamah Tinggi mendapati tiada bukti menunjukkan dua saksi pendakwaan iaitu ejen Public Mutual, Norhaili Ahmad Mokhtar dan Madhi Abdul Hamid, memberi wang rasuah kepada Ahli Parlimen Kinabatangan itu melalui Zizie Izette.

Azhar dalam keputusannya dilaporkan berkata, mahkamah membuat dapatan itu selepas pemeriksaan dan penelitian terhadap rekod prosiding.

Sehubungan itu, ia adalah kes yang betul dan wajar bagi mahkamah melaksanakan kuasa semakan mengikut Seksyen 323 Kanun Prosedur Jenayah.

Pada 2 September 2022, Mahkamah Sesyen memerintahkan Bung Moktar, 65, dan Zizie Izette, 45, membela diri atas tiga pertuduhan rasuah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar yang juga bekas Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan FELCRA untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada Madhi menerusi Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara jam 12.30 tengah hari dan jam 5 petang 12 Jun 2015.

Beliau juga didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015, manakala Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat