Pembangkang hasut rakyat PRU-15 buat masa banjir – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pembangkang menghasut rakyat kononnya mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) tahun ini terdedah kepada banjir.

Sedangkan kata Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pembangkang lupa bekas Perdana Menteri terakhir mereka Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah mengadakan PRU pada November 1999 dan tidak pula jadi isu besar.

Terdahulu, Zahid pada Sabtu ada menyebut
Barisan Nasional (BN) sanggup meredah banjir dan hujan lebat, jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini.

Zahid menyifatkan isyarat yang diberikan ahli parti supaya PRU-15 diadakan dalam masa terdekat ini adalah jelas dan nyata.

Susulan itu beliau malah mendakwa bahawa pembangkang takut kalah dan memerlukan lebih masa untuk terus menghasut rakyat membenci Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Pembangkang menghasut rakyat kononnya adaka PRU tahun ini terdedah kepada banjir. Mereka lupa bekas Perdana Menteri terakhir mereka Mahathir sendiri pernah mengadakan PRU pada November 1999 tak pula jadi isu besar.

“BN tidak akan memberikan hayat politik terhadap PH dan musuh BN untuk memberikan mereka kelebihan menyelesaikan jelajah memburukkan BN hingga ke tahun depan,” tegas Zahid yang juga Pengerusi BN dalam kenyataan pada Isnin.

Ujar beliau, ternyata pembangkang sebenarnya takut mereka kalah kerana kepercayaan terhadap Pakatan Harapan (PH) hilang apabila Dr Mahathir tak mahu serah jawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, selain manifesto mereka gagal laksanakan.

“Sebab itu mereka perlu masa untuk menghasut rakyat agar tidak mengundi BN. Jelajah PH masih sekerat jalan dan dijangka berakhir Februari tahun depan,” kata Zahid.

Tegas beliau BN tidak terpengaruh dengan perangkap musuh.

“Pelbagai pelancaran jentera parti komponen dan juga jentera BN terus berlangsung. Hal ini bermakna jentera BN dalam keadaan bersiap siaga untuk pembubaran Parlimen dan PRU.

“Persiapan ini bukan sahaja berlaku dalam BN. Jelas PH dan parti bukan BN juga sedang menjelajah di seluruh negara untuk kempen politik mereka.

“Masa yang berbaki sebelum Parlimen dibubarkan digunakan oleh musuh BN sebaik-baiknya. Mereka berterusan memburukkan BN dan ini sesuai dengan ungkapan Rafizi Ramli tugas mereka ialah menghasut rakyat agar membenci BN.

“Namun kita perlu buktikan bahawa hasutan mereka kali ini tidak akan berjaya. Rekod 22 bulan PH ialah bukti nyata mereka hanya menjual harapan semata-mata,” katanya.

Menurut Zahid, manifesto yang PH kemukakan tidak mereka laksanakan dan dianggap bukan kitab suci.

Tindakan ini digunakan untuk menghalalkan mereka yang gunakan manifesto melangit hanya untuk memancing undi untuk menang, katanya.

“Namun BN sebagai blok politik yang stabil dan berpengalaman luas mentadbir tidak bersifat populis dan menjual harapan seperti PH.

“Yang dijanjikan ialah komitmen realistik yang boleh dicapai berdasarkan situasi prestasi ekonomi semasa.

“Sebab itu, BN boleh sahaja jadi populis untuk janjikan tol percuma, pendidikan percuma seperti manifesto palsu PH.
Tapi BN tak sedemikian.

“Sebab BN tahu untuk menghapuskan keseluruhan hutang peminjam PTPTN adalah tidak ada logik kerana setiap penghutang perlu melunaskan hutang dan ini juga dituntut dalam Islam.

“Begitu juga menawarkan pendidikan percuma di universiti adalah tindakan populis sedangkan kita memerlukan pendapatan untuk membayar gaji pensyarah, kakitangan sokongan universiti, menyelenggarakan kolej universiti, melanggan bahan rujukan perpustakaan universiti, membiayai peruntukan bagi meningkatkan lagi pembelajaran, penyelidikan dan pengajaran universiti untuk anak bangsa negara,” jelas beliau.

Zahid berkata, BN sedar hakikat ini dan tidak akan menipu rakyat dengan janji muluk-muluk seperti ini.

“PH berbuat demikian dan menjual janji kosong biarlah mereka dihukum rakyat pada PRU-15,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat