Parti Gerakan Pulau Pinang cadang guna logo sendiri pada PRU-15

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Pulau Pinang meminta agar jawatankuasa partinya diperingkat Pusat mempertimbangkan cadangan untuk menggunakan logo sendiri semasan bertanding di negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Pengerusi Perhubungan Parti Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong berkata, beliau telah meminta jawatankuasa pusat parti membuat pertimbangan dan berbincang dengan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) berhubung hal tersebut, lapor Utusan Malaysia.

“Saya meminta supaya Gerakan Pulau Pinang menggunakan bendera kami sendiri untuk bertanding pada PRU-15.

“Ini kerana ramai rakyat Pulau Pinang berpendapat kami masih lagi dalam Barisan Nasional (BN) dan bendera PN agak sama, jadi ia juga boleh menjadi punca penolakan rakyat kepada kami pada PRU-15,” katanya.

Selain itu, menurut Tong Keong, Parti Gerakan yang ditubuhkan di Pulau Pinang mempunyai rekod pentadbiran yang cemerlang selama 39 tahun mentadbir negeri itu dan dinikmati semua rakyat.

“Projek-projek seperti projek perumahan kos rendah dan sederhana rendah di Gat Lebuh Macallum, Bandar Bayan Baru, Bandar Baru Air Itam, zon perdagangan bebas, kawasan perindustrian Perai, kawasan perindustrian Bukit Minyak dan banyak lagi kemudahan asas yang disediakan Gerakan membolehkan rakyat Pulau Pinang lebih mengenali dan menerima parti ini,” katanya.

Dalam pada itu Tong Keong berkata, terdapat 21 resolusi yang dicadangkan oleh perwakilan Pulau Pinang dalam persidangan berkenaan.

”Ini menunjukkan terdapat banyak isu yang perlu diambil serius dan ditangani atau diperbaiki khususnya oleh kerajaan negeri Pulau Pinang,” katanya.

Oleh itu tambah beliau, penduduk Pulau Pinang diseru supaya memberi peluang kepada Parti Gerakan mewakili suara mereka dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) kelak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat