Kisah cinta Andi dalam lagu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Single Penat yang menjadi taruhan penyanyi, Andi Bernadee adalah sebahagian cebisan pengalaman hidup dalam mendapatkan cinta seseorang.

Selain berkongsi kisah cinta, penyanyi lagu Satu Peluang dan Donde melakukan kelainan dengan mempertaruhkan genre balada dalam single ciptaannya bersama Nur Iman dan Efry Arwis itu.

“Single Penat ini mengenai kisah seseorang yang tak pernah penat dan berputus asa untuk mendapatkan cinta insan yang disayangi. Saya yakin situasi ini pernah berlaku semua orang. Tentu ada seorang insan yang kita pandang, rujuk dan berharap dalam hal kehidupan.

“Ia juga boleh dikatakan cebisan pengalaman saya. Setiap peminat yang mendengar lagu ini mesti akan terdetik dalam hati pernah melalui momen yang sama,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Andi berkata, single Penat itu melalui perjalanan sukar dan panjang berbanding single sebelumnya.

“Daripada awal demo hanya separuh bahagian sahaja yang ada. ‘Bridge’ pun tak ada. Bukan senang dan saya

diuji ketika pembikinan single ini.

“Banyak mesyuarat dan perancangan dilakukan daripada mula demo hingga penggambaran video muzik. Ia tidak lancar seperti single yang lain.

“Ada sahaja serba tidak kena. Saya mengambil masa hampir setahun untuk menyiapkannya. Jika lagu lain hanya memakan masa berbulan sahaja,” katanya.

 

 

Penggambaran video muzik single Penat. - Foto IG Andi Bernadee
Penggambaran video muzik single Penat. – Foto IG Andi Bernadee

 

Menyifatkan single Penat sebagai karya sulung yang diciptanya, penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu optimis dengan percaturan terbaharunya itu.

“Single ini saya boleh katakan mengetengahkan rentak balada yang berbeza. Lagu yang diberi susunan muzik melankolik ini mampu membuai rasa sesiapa yang mendengarnya.

“Struktur single ini bermula iringan piano dan gitar, ia kemudiannya diberi binaan dramatik hingga penghujung menjadikannya kedengaran sangat indah dalam situasi menghibakan,” katanya.

Single Penat diterbitkan Warner Music sudah boleh didapati di semua pelantar penstriman digital. Video muzik juga sudah dimuat naik dalam laman YouTube sejak 16 September lalu.

Berita harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat