Mulai digelar pencabar Tesla sejak mula dibangunkan, Porsche Taycan pada hari ini mencipta sejarah apabila berjaya dilancarkan rasmi buat pasaran Malaysia. Sebanyak tiga varian ditawarkan buat sports sedan empat pintu ini terdiri daripada Taycan 4S, Taycan Turbo dan Taycan Turbo S.
Berbeza dengan model keluaran Porsche sebelum ini, siri Taycan dikuasakan oleh kuasa elektrik sepenuhnya serta turut menawarkan teknologi futuristik buat kegunaan pengguna setiap hari.
SUMBER: MEKANIKA
Meskipun dikuasakan oleh tenaga elektrik, DNA Porsche masih lagi dikekalkan dalam menawarkan prestasi yang tinggi buat para pengguna.Porsche Taycan Turbo selaku varian tertinggi mampu menjana sehingga 560 kW (761 PS) dan 1,050 Nm tork yang hadir bersama launch control.
Dari segi kuasa pecutan, model ini mampu memecut 0 – 100km/j dalam tempoh 2.8 saat sahaja. Walau bagaimanapun had kelajuan maksimum bagi model ini dihadkan kepada 250km/j sahaja.
Para pengguna juga tidak perlu risau akan jarak pemanduan untuk satu pengecasan penuh kerana model ini Porsche Turbo S dilaporkan mampu bergerak sekitar 412km. Hanya 36 minit diperlukan pengguna untuk mendapatkan satu pengecasan penuh
Apa yang lebih menarik, pihak SDAP turut menawarkan program penyelenggaraan dan jaminan komprehensif selama empat tahun manakala jaminan bateri pula ditawarkan sehingga 8 tahun. Para pelanggan juga berpeluang mendapatkan jaminan kenderaan dan bateri lanjutan sehingga 15 tahun.
Harga
Menyoal dari segi harga, Taycan 4S, Taycan Turbo dan Taycan Turbo S masing-masing ditawarkan pada harga RM725,000, RM999,000 dan RM1.19 juta seunit. Menurut Sime Darby Auto Performance (SDAP) selaku pengedar memaklumkan Porsche Taycan sedia ditawarkan buat para pembeli seawal suku pertama 2021.
The Vocket