Elemen ikonik sporty

- Advertisement -

VESPA Sei Giorni II diperkenalkan ke dalam pasaran baru-baru ini bersempena Vespa Day yang diadakan di Ipoh, Perak.

Diketengahkan sebagai model memperingati pasukan lumba Piaggio yang menjuarai perlumbaan Sei Giorni Internazionale (6-Day International) di Varese, Itali pada 1951.

Ia dikuasakan Enjin Berprestasi Tinggi (HPE) 300 baharu dengan 278cc silinder tunggal sejukan cecair transmisi CVT.

Ia menjana 23.8hp pada 8,250rpm dan tork 26Nm pada 5,250 masing-masing dengan peningkatan 12 serta 18 peratus daripada versi terdahulu.

 

LAMPU belakang LED.
LAMPU belakang LED.

 

Antara yang mencuri tumpuan ialah lampu hadapan rendah di atas pelindung lumpur hadapan seterusnya memberikannya karakter perlumbaan vintaj.

Ia dipadankan dengan pemegang tiub metalik dan pelindung angin.

Padanan hitam dan kemasan merah serta perekat nombor 6 membuatkannya lebih garang.

Pada masa sama pelana tunggal, namun boleh membawa pembonceng diketengahkan sebagai antara keunikan vespa ini.

 

PANEL meter.
PANEL meter.

 

Lampu hadapan dengan lampu nyalaan siang, pengecas USB dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) antara elemen keselamatan serta keselesaan yang ditawarkan.

Panel meter gabungan analog dan digital ringkas, serta ruang simpanan bawah tempat duduk memudahkan penunggang meletak barangan atau menyimpan topi keledar.

Bagi pasaran Malaysia, Vespa Sei Giorni II dijual pada harga RM34,500 (atas jalan tanpa insurans) dengan satu pilihan warna baharu iaitu kelabu titanio.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat