Kenangan beri ilham

- Advertisement -

NAMA penyanyi dan komposer muda dari Indonesia, Andmesh Kamaleng, 23, ini semakin mendapat perhatian di negara ini.

Apatah lagi, beberapa lagunya seperti Cinta Luar Biasa, Hanya Rindu dan Kumau Dia yang dilancarkan sekitar tahun lalu menjadi siulan ramai.

Lebih menarik, kebanyakan karya nukilan Andmesh dekat dengan jiwa kerana ia diilhamkan daripada kisah hidupnya.

Mengikut cerita dikongsikan Andmesh, kehilangan insan tersayang iaitu ibu bapa dalam kehidupannya meninggalkan kesan mendalam.

“Saya sangat rindukan saat indah makan bersama keluarga. Malah, kerinduan terhadap ibu sukar diungkapkan dengan kata-kata.

“Bagaimanapun, untuk mengubat perasaan rindu itu saya ilhamkan lagu Hanya Rindu yang ditujukan khusus untuk arwah ibu. Sekarang, hanya kenangan yang menjadi peneman saya,” katanya.

Cekal berhadapan dugaan hidupnya, Andmesh berkata, perkongsian segala perasaan dalam lagu dihasilkan amat bermakna. Bahkan, ia juga memberi kepuasan.

 

LALUI pengalaman gagal percintaan berikutan bekas kekasih berbeza agama.
LALUI pengalaman gagal percintaan berikutan bekas kekasih berbeza agama.

 

Tidak hanya berdepan kisah sedih kehilangan ibu bapa, Andmesh juga melalui pengalaman gagal dalam percintaan berikutan dia dan bekas kekasih berbeza agama.

“Terlalu banyak kisah duka dalam hidup saya jika mahu diingati. Saya anggap itu takdir yang ditetapkan Tuhan. Apapun, kenangan itu memberi saya ilham,” katanya.

Gembira dengan pencapaian diraih dalam kerjaya muziknya kini, Andmesh melihat positif.

Katanya, dia tidak menyangka dirinya berjaya berada pada tahap sekarang.

Menurut Andmesh, dia amat berterima kasih dengan peminat yang setia menyokong dan kejayaan diperoleh kini sangat bermakna.

“Fokus saya sekarang pada kerjaya muzik dan nyanyian yang diterima baik peminat. Saya tak terfikir akan berada pada tahap ini apabila lagu diterima baik.

“Saya akan terus berkarya dengan menghasilkan lagu berkualiti. Terima kasih kepada peminat yang menyokong,” katanya turut popular dengan lagu Jangan Rubah Takdirku.

Berbekalkan nama dan bakat seninya yang makin mekar di Indonesia, Andmesh turut dilihat bersikap terbuka dalam berkongsi kisah suka duka kehidupan dilaluinya.

 

KARYA nukilan Andmesh dekat dengan jiwa.
KARYA nukilan Andmesh dekat dengan jiwa.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat