Tiga individu cedera akibat lif terhempas

- Advertisement -

CYBERJAYA: Tiga individu cedera apabila lif yang dinaiki terhempas dalam kejadian di Blok 28 Flat Taman Batu Permai, Jinjang, Kuala Lumpur semalam.

Dua kanak-kanak yang turut berada dalam lif berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, anggota Balai Polis Jinjang dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 2 petang semalam.

“Berdasarkan laporan awal, semua mangsa masuk ke lif berkenaan dari tingkat lima sebelum secara tiba-tiba ia terhempas, namun secara perlahan sehingga ke aras bawah.

“Kami dimaklumkan oleh orang awam bahawa ada lima individu terperangkap di dalam lif berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pintu lif itu dapat dibuka dan semua mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat oleh orang awam.

Tambahnya, tiga mangsa lelaki dewasa mengalami kecederaan iaitu bengkak kaki dan terseliuh, manakala dua mangsa kanak-kanak tidak cedera.

Susulan itu, mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

“Pekerja syarikat yang menyelenggara lif berkenaan berada di lokasi bagi mengenal pasti punca kejadian. Kejadian itu adalah insiden pertama berlaku di lokasi berkenaan.

“Sebelum ini, lif itu diselenggara mengikut jadual. Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerja (JKKP) Wilayah Persekutan Kuala Lumpur juga tampil untuk siasatan sebelum syarikat penyelenggaraan lif itu membaikinya,” katanya lagi.

Ends

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat