Akmal pendekkan umrah, pulang hadapi pertuduhan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh bakal memendekkan ibadah umrahnya untuk menghadapi pertuduhan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Jumaat, 22 Ogos ini.

Akmal menegaskan pendirian beliau memartabatkan kedaulatan negara tidak berganjak walau seinci meski berdepan tekanan.

“Saya telah dihubungi oleh pihak polis memaklumkan bahawa saya akan dihadapkan ke mahkamah untuk satu pertuduhan di bawah seksyen 505(b) kanun keseksaan.

“Namun, saya kini sedang menunaikan ibadah umrah di bumi Allah Mekah. Saya baru tiba di tanah suci semalam.

“Justeru, saya akan pendekkan umrah saya dan akan pulang ke tanah air bagi menghadapi pertuduhan tersebut pada hari Jumaat ini di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam jam 8 pagi

“Mohon doakan saya. Jika ini harga yang saya perlu bayar untuk memartabatkan kedaulatan negara,saya tidak akan berganjak walau seinci sekalipun..

“Kita jumpa di mahkamah Jumaat ini,” ujar Akmal.

Pada 15 Ogos lalu, Ketua Pemuda Umno itu dipanggil memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung perhimpunan di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Khamis lepas.

Peguam kepada ADUN Merlimau itu, Aizat Azam berkata Akmal memberikan kerjasama yang baik dan menjawab semua kira-kira 80 soalan yang ditanya pegawai penyiasat.

“Beliau (Akmal) disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat