KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) menjelaskan tuduhan terhadap lima remaja terkait kes Zara Qairina hanya merujuk kepada pertuduhan perbuatan buli bukan kematian.
AGC berkata, berdasarkan penelitian Jabatan itu terhadap kertas siasatan, pertuduhan di bawah seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan dibuat kerana pertuduhan ini merujuk kepada perbuatan buli sahaia dan tidak mempunyai kaitan dengan kematian Zara Qairina.
“Jabatan ini merujuk kepada kenyataan media bertarikh 19 Ogos 2025 yang dikeluarkan oleh peguam lantikan Noraida Lamat, ibu kepada arwah Zara Qairina, mengenal permohonan pihak peguam untuk menangguhkan pendakwaan di bawah seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan serta cadangan pertuduhan pihak peguam di bawah seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan.
“Kenyataan peguam di perenggan 4 kenyataan media tersebut adalah bersifat spekulatif tanpa disokong oleh fakta yang tepat.
“Oleh yang demikian, jabatan ini sekali lagi menegaskan bahawa pertuduhan di bawah seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan di dalam kes ini adalah bersandarkan kepada bukti dan fakta yang diperoleh hasil daripada siasatan yang dijalankan,” jelas AGC.
Dalam hal tersebut AGC memaklumkan, prosiding inkues masih perlu dijalankan bagi menentukan punca kematian sebenar Zara Qairina.



