Pengalaman jadi pemimpin pelajar bentuk pemikiran Ismail Sabri bela rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengalaman menjadi pemimpin pelajar banyak membentuk pemikiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam perjuangan membela rakyat terutama ketika menjawat jawatan Perdana Menteri kini.

Sewaktu menuntut di Universiti Malaya (UM) pada dalam jurusan undang-undang beliau diangkat sebagai pemimpin pelajar pada 1982.

Ismail Sabri berkongsi gambar kenangan bersama ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya dan ketika itu beliau menjawat jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa UM selepas bermesyuarat dengan Allahyarham Professor Diraja Ungku Aziz.

“Gambar ini menggamit memori sebagai pemimpin pelajar yang banyak memperjuangkan isu rakyat.

“Bergambar bersama ahli majlis MPP Universiti Malaya (UM) ketika saya menjawat jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) selepas bermesyuarat dengan Allahyarham Professor Diraja Ungku Aziz.

“Menjadi pemimpin pelajar banyak membentuk pemikiran saya dalam perjuangan membela rakyat,” ujar beliau dalam satu hantaran di media sosial pada Jumaat.

Sebelum ini media pernah melaporkan, Ismail Sabri sangat aktif dalam aktivisme mahasiswa pada awal 80-an.

Sebagai pelajar undang-undang di Universiti Malaya, yang merupakan kubu aktivis mahasiswa radikal. Ismail Sabri aktif dalam PMUM, persatuan universiti bagi pelajar sarjana muda yang lantang, bahkan beliau menjadi presidennya pada 1982.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,498FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat