LCS: Laporan PAC Berpandu Fakta Bukan Sesuka Hati – Kah Woh Bidas Nur Jazlan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak membuat laporan mengikut perasaan sendiri sebaliknya ia berpandukan keterangan dan fakta.

Tegas Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, laporan PAC merupakan hasil konsensus kesemua ahli PAC yang diwakili blok kerajaan dan pembangkang.

“Saya ulangi. PAC tidak membuat laporan ikut perasaan sendiri. Laporan PAC berpandukan keterangan dan fakta.

“Laporan PAC merupakan hasil konsensus kesemua ahli-ahli PAC, yang duduk dalam PAC, dari kedua-dua blok Parlimen, semua satu hati, hendak memastikan wang rakyat adalah dilindungi. Khalas,” jawab Kah Woh terhadap dakwaan bekas Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkenaan perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Nur Jazlan dalam kenyataan baru-baru ini mendakwa PAC yang dipengerusikan oleh Kah Woh dipergunakan untuk mencari modal politik baru untuk serang UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Nur Jazlan kata beliau seorang “akauntan professional lulusan ACCA dan amat arif tentang tatacara dan prosedur dalam setiap pelaporan penemuan yang dibuat oleh PAC”.

“Beliau kata saya “tidak mempunyai pengalaman dalam pentadbiran kerajaan dan juga dalam korporat mahupun pengauditan antarabangsa”. Beliau juga kata jawatankuasa yang dipimpin oleh saya tidak mempunyai pengalaman yang sama selain hanya menjadi politikus.

“Mungkin Nur Jazlan berasa beliau lebih arif daripada sesiapapun yang pernah duduk dalam PAC. Saya menghormati pandangan beliau.

“Saya ingin mengajak rakyat Malaysia untuk meluangkan sedikit masa melawati website PAC Parlimen Malaysia. Di situ ada Arkib Laporan-Laporan PAC sejak dulu lagi. Rakyat boleh membaca Laporan-Laporan PAC yang disediakan semasa Nur Jazlan “yang amat arif” menjadi Pengerusi PAC (Jun 2013 – Julai 2015) dan Laporan-Laporan PAC yang disediakan semasa saya “yang tidak mempunyai pengalaman dalam pentadbiran kerajaan” menjadi Pengerusi PAC (Ogos 2020 – Sekarang).

“Biar rakyat menilai kualiti laporan-laporan yang dibentangkan. Rakyat yang akan tentukan, bukan Nur Jazlan atau saya sendiri,” jelas Ahli Parlimen Ipoh Timur itu lagi.

Malah Kah Woh juga memberitahu beliau mengagumi Nur Jazlan sewaktu menjadi Pengerusi PAC kerana vokal dalam isu 1MDB.

“Saya memang ‘respek’ Nur Jazlan semasa menjadi Pengerusi PAC dari 2013-2015. Vokal dalam isu-isu seperti 1MDB. Tapi, masa Prosiding PAC 1MDB masih tengah jalan, Nur Jazlan pula menerima pelantikan Timbalan Menteri dan terus letak jawatan Pengerusi PAC pada 28 Julai 2015.

“Nur Jazlan patut mengguna kearifan beliau untuk membantu PAC pada Ketika itu, habiskan Laporan Muktamad PAC 1MDB dahulu. Show that you are different lah! Lepas dilantik, diam seribu bahasa.

“Sekarang, pula hendak tuduh dan jatuhkan kredibiliti PAC. Kepada bekas Pengerusi PAC yang amat arif, I thought you can be better!

“Juga saya nak bagitahu kepada Nur Jazlan, bukan kelulusan ACCA sahaja yang layak duduk dalam PAC ya. Julian Hill, Australian PAC Chair, seorang graduan undang-undang. Barbara Edmonds, New Zealand PAC Chair, seorang Tax Lawyer. Meg Hiller, UK PAC Chair, bukan graduan perakaunan. Nur Jazlan nak tegur ke? bidas Kah Woh.

Terdahulu, Nur Jazlan yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor berkata, berdasarkan pemerhatiannya isu LCS hanya permainan politik PH memandangkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semakin dekat.

Katanya, seperti biasa PH selepas gagal mentadbir kembali kepada taktik ‘evergreen’ mereka iaitu menghasut rakyat dengan melemparkan tuduhan tidak berasas kepada pemimpin BN.

” Agaknya mereka sedar bahawa kewibawaan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Zahid Hamidi adalah ikon berpengaruh UMNO. Jadi mereka perlukan satu isu yang boleh diperbesarkan, disensasikan dan menyogok persepsi negatif rakyat terhadap kepimpinan UMNO dan BN serta mahu memancing undi.

“Jadi PH menggunakan PAC yang dipengerusikan oleh YB Ipoh Timur, Wong Kah Woh bagi cari modal politik baru untuk serang UMNO dan BN.

” Malahan menerusi Laporan JKSTUPKK yang sudah dinyahklasifikasikan terdapat lima kelemahan tadbir urus dan bukannya rasuah, perolehan dan kewangan yang ditemui selain pemilihan reka bentuk, sistem pengurusan kombat dan sebahagian peralatan utama LCS dibuat berdasarkan syor serta pandangan BNS, bukan sepenuhnya daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selaku pengguna,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat