Najib Tamatkan Khidmat Firma Zaid Ibrahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menamatkan perkhidmatan firma guaman, Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST).

Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam, Hisyam Teh Poh Teik ketika mahkamah mula bersidang sebentar tadi di Putrajaya.

Susulan penamatan khidmat itu, ketika ini hanya peguam Hisyam Teh Poh Teik dan dua peguam dipercayai daripada firmanya, Tetuan Hisyam Teh berada di dalam mahkamah.

Dua peguam daripada ZIST, Liew Teck Huat dan Rueben Mathiavaranam tidak kelihatan, lapor Utusan.

Pada 25 Julai lalu, Najib melalui sepucuk surat telah menamatkan perkhidmatan firma guaman, Tetuan Shafee & Co, peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan seluruh pasukan pembelaannya.

Najib kemudian melantik firma guaman, Tetuan Zaid Ibrahim, Suflan TH Liew & Partners (ZIST) bagi menggantikan Tetuan Shafee & Co. manakala Hisyam dilantik bagi menggantikan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat