14,329 Buah Rumah Siap Dibina Di Selangor Untuk B40, M40 – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14,329 buah rumah di negeri Selangor siap dibina sehingga bulan Jun 2022 di bawah pelbagai program perumahan seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini selaras dengan aspirasi Satu Keluarga Satu Rumah.

Katanya, hal ini memandangkan usaha menyediakan perumahan kepada Keluarga Malaysia, terutama untuk kumpulan B40 dan M40, terus menjadi agenda penting kerajaan.

Selain itu, Perdana Menteri turut memaklumkan sebanyak RM6.3 bilion peruntukan telah diluluskan kerajaan bagi pelaksanaan pembangunan infrastruktur dan fasiliti penyampaian perkhidmatan di Selangor, di bawah Rolling Plan Kedua tahun 2022, Rancangan Malaysia Kedua
Belas (RMKe-12).

“Antara projek penting yang akan dilaksanakan adalah lima buah projek tebatan banjir di Selangor dengan peruntukan sebanyak RM4.7 bilion.

“Usaha ini akan disegerakan bagi mengelak kejadian banjir teruk yang menjejaskan kesejahteraan penduduk, ekonomi negeri dan negara berulang lagi.

“Kerajaan turut mengambil langkah proaktif merencana pendekatan baharu termasuk pembinaan infrastruktur yang bersesuaian dan lebih lestari serta menyeluruh di Selangor,” katanya sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Shah Alam pada Jumaat.

Perkembangan lain, pada 19 Februari lalu, beliau telah melancarkan Inisiatif JaminKerja bernilai RM4.8 bilion dengan sasaran untuk menawarkan 600,000 peluang pekerjaan.

“Sehingga kini, sebanyak 400,000 telah diisi di seluruh negara.

“Alhamdulillah, sejak setahun lalu, kadar pengangguran telah menurun sehingga 3.8 peratus pada bulan Jun 2022, paras terendah sejak pandemik Covid-19 daripada 4.6 peratus pada bulan Ogos 2021,” jelasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat