Sejam ‘Live’ Kerusi Kosong, PAS Selangor Batal Umum Ahli PAN Yang Ingin Lompat

- Advertisement -

Cyberjaya – Satu pengumuman tergempar yang akan dibuat oleh PAS Selangor terpaksa dibatalkan hari ini.

Sesi siaran langsung yang diadakan pada 10.30 pagi itu hanya memaparkan meja kosong dan beberapa microfon sahaja.

Ia berlangsung selama lebih sejam tanpa kelibat mana-mana pihak termasuk pimpinan PAS Selangor.

“Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan majlis penyerahan borang ahli PAS dari bekas aktivis Parti PAN pagi ini terpaksa ditangguh.

“Namun demikian PAS Selangor terus mengalu-alukan sebarang hasrat mana-mana ahli parti berkenaan yang ingin bersama atau kembali ke pangkuan PAS,” memetik kenyataan media Setiausaha Badan Perhubungan PAS Roslan Shahrir Mohd Shahrir.

Semalam, Facebook parti itu memaparkan akan mengadakan siaran langsung di media sosial itu bagi mendedahkan seorang pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) akan keluar parti dan menyertai kembali PAS.

“Seorang tokoh PAN (Parti Amanah Negara) Selangor dan rakannya akan kembali menyertai Pas.

“Pengumuman akan dibuat jam 10 pagi,” kata parti itu.

Semalam, Pesuruhjaya PAS Selangor Ahmad Yunus Hairi memberitahu bahawa seorang pemimpin PAN dari Selangor dijangka akan kembali menyertai PAS hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Yunus berkata dia tidak dapat mendedahkan identiti pemimpin tersebut.

Untuk rekod, PAN merupakan parti serpihan PAS yang ditubuhkan pada Ogos 2015 dengan mengambil alih Parti Pekerja-Pekerja Malaysia.

PAN digerakkan oleh bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu sebagai presiden parti bersama kumpulan profesional dari PAS.

PAN terbentuk selepas kumpulan profesional tidak sehaluan dengan kumpulan ulama susulan keputusan PAS membatalkan kerjasama politik dengan DAP yang membawa terkuburnya Pakatan Rakyat. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat