Bersatu Alu-Alukan Ahli Parlimen PAN Yang Ingin Lompat

- Advertisement -

Tanjung Malin – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengalu-alukan kemasukan ahli baharu termasuk parti komponen Pakatan Harapan (PH), kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah.

Saifuddin yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, beliau ada mendengar mengenai hasrat beberapa ahli parti Amanah Negara (PAN) untuk menyertai parti tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sejauh mana kebenaran berhubung perkara itu.

“Saya adalah dengar walaupun saya tidak tahu sejauh mana sahih atau berapa orang tetapi pokok pangkalnya keyakinan orang-orang politik dan juga rakyat yang paling pentingnya kepada kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin hari semakin meningkat.

“Soal ada beberapa pimpinan atau ahli Parlimen daripada parti-parti lain daripada Pakatan Harapan (PH) ingin sertai Bersatu itu, tentulah kita… saya tidak boleh sebutkan kerana saya tidak ada mandat tetapi tentulah kita mengalu-alukan (kemasukan mereka),” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika meninjau Pusat Media sempena dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, di sini.

Terdahulu, SuaraTV melaporkan terdapat beberapa ahli Parlimen daripada PAN yang didakwa akan melompat parti dan menyertai Bersatu.

Mengulas lanjut, beliau berkata sokongan akar umbi penting untuk memastikan kestabilan politik di negara ini.

“Walaupun jumlah anggota Parlimen kerajaan itu melebihi pembangkang beberapa kerusi sahaja tetapi rakyat bawahan, akar umbi dan orang biasa sangat mempengaruhi.

“Saya ahli Parlimen walaupun macam mana pandai sekali pun, dia kena tengok akar umbi dan kalau akar umbi mahu kestabilan berterusan seperti sekarang,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat