PRK Slim: Majlis Taqarrub Mak Long PTPTN Gamatkan Kempen BN

- Advertisement -

SLIM: Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim semakin meriah dengan pelbagai program ceramah daripada parti-parti yang bertanding. Semalam berlangsung Majlis Taqarrub Barisan Nasional (BN) di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Trolak Selatan.

Cerita bil elektrik negatif dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhutang dengan pengguna yang dibawa oleh Naib Ketua UMNO Pokok Sena, Noran Zamini Jamaluddin yang terkenal dengan panggilan Mak Long PTPTN telah mengamatkan ceramah tersebut.

“Pemimpin yang jadi Menteri hari ini, semuanya buat kerja dengan baik, selalu mendengar rintihan rakyat, katanya lagi.

“Lihat isu bil elektrik yang melambung tinggi, Menterinya Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah peka dalam isu ini. Dia panggil semua pegawai-pegawai tertinggi TNB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya untuk berbincang dan mencari penyelesaian bil elektrik yang melambung ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Tuan-tuan, puan-puan, masa PKP 3 bulan lebih, kita dok umah…nak kuar pun tak boleh. Sebelum PKP waktu tidur malam sahaja, masa PKP ni kita siang pun pakat tidoq. Memanglah bil elektrik naik melambung.

“Menteri (Dr Shamsul) kita ni bagus, sebab itu bila orang BN jadi Menteri, dia fikir hal kesusahan rakyat, ujarnya lagi.

Dr Shamsul pun cari formula untuk bantu rakyat yang terkesan, dia bagi kita diskaun selama 3 bulan kepada pengguna elektrik. Sebab itulah yang tiga bulan 300kwt ke bawah 4 juta pengguna tidak perlu bayar hasil inisiatif kerajaan hari ini di bawah Tan Sri Muyiddin Yassin,’’ katanya.

Katanya lagi lantaran itulah dalam bulan tujuh baru-baru ini ada orang kampung bukan setakat bil negatif, malah TNB berhutang pula dengan mereka.

‘’Orang kampung kami kat Kedah kata tiba-tiba bil TNB hutang dia, dia kata macam mana bil TNB boleh hutang dengan dia, pegawai TNB bagitaulah sebab bil pak cik negatif. Negatif pun dia baru dengar, apa pulak ni, sebab apa? sebab 300kwt ‘free’ tidak kena bayaran. Banyak lagilah diskaun lain dan sebagainya lagi jika dihuraikan tetapi nak beritahu pemimpin BN biasa cari formula untuk selesai masalah rakyat.

‘Saya percaya pengundi Slim tahu yang mana pemimpin terbaik dan yang mana banyak cakap kosong, katanya.

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat