Istilah ‘Akar Umbi’, Anuar Musa Sindir Rahman Dahlan?

- Advertisement -

Cyberjaya – UMNO merupakan sebuah parti yang berasaskan akar umbi apatah lagi para pemimpinnya juga diangkat dan dipilih oleh ahli-ahlinya sendiri melalui proses perlembagaan parti.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, pemimpin parti Melayu itu sewajarnya memimpin parti itu sentiasa mendengar suara akar umbinya lebih-lebih lagi bagi menghadapi mana-mana pilihan raya.

“Istilah akar umbi sering digunakan..siapa sebenarnya akar umbi, bagaimana menyukat suara akar UMBI? UMNO parti akar umbi.

“Pimpinannya dipilih dari bawah. Mereka wajar memimpin dengan sentiasa dengar suara orang dipimpinnya.

“(Malah pemimpin UMNO) berani menjelaskan pendirian yang dibuatnya….jangan melalang,” katanya melalui ciapan di Twitter hari ini.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, namun tinjauan yang dilakukan di ruang komen mendapati ada yang mendakwa kenyataan Annuar yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu ditujukan kepada Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Abdul Rahman melalui satu sidang akhbar tergempar pada Selasa,  mendakwa akar umbi UMNO di Sabah menolak pemilihan Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai pengarah pilihan raya negeri (PRN) Sabah.

Abdul Rahman turut mengkritik pemilihan tersebut sambil menyifatkan langkah itu sebagai ‘bunuh diri’ dan tidak memberi keuntungan kepada UMNO.

“Ia langkah bunuh diri. Tiada parti di dunia ini akan meletakkan seorang yang ada kes mahkamah (dan) menghadiri kes-kes mahkamah menjadi pemimpin parti yang akan bertanding dalam pilihan raya,” katanya.

Annuar melalui ciapan terdahulu turut mengingatkan agar jangan berpecah belah sekiranya ingin menang.

“Sesiapa yg memilih berpecah belah,dia memilih utk kalah…” tulisnya sinis.

Menurut Annuar lagi pemilihan Bung Moktar menerajui PRN pada kali ini adalah kerana kesetiaan yang ditunjukkan okeh beliau kepada parti.

“Kesetiaan kepada parti serta kegigihan dalam perjuangan, memberikan keyakinan kepada Pengerusi BN untuk memberi mandat kepada BUNG MOKHTAR untuk MENGGALAS CABARAN BESAR PRN SABAH..beristiqamahlah..RADU TETAP RADU,” ujarnya pula.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat