Penduduk Gempar Kelahiran Anak Kambing Didakwa Berkepala Babi

- Advertisement -

JAKARTA – Kelahiran seekor anak kambing menggemparkan penduduk Kampung Balunganyar, daerah Lekok, Jawa Timur kerana didakwa mempunyai kepala menyerupai babi baru-baru ini, lapor laman berita suara.com.

Sebuah rakaman video berdurasi 50 saat yang tular di laman YouTube menunjukkan penduduk mengerumuni seekor anak kambing memiliki kepala sangat kecil dan menyerupai babi.

Menurut keterangan pada video tersebut, anak kambing itu dikatakan milik salah seorang penduduk kampung di situ.

“Kejadian aneh tetapi benar apabila seekor kambing melahirkan anak kambing tetapi berkepala babi,” kata seorang penduduk kampung.

Kelahiran anak kambing aneh berkenaan diakui ketua kampung, Sholeh yang membenarkan haiwan tersebut terus hidup di kampung itu.

“Benar di kampung ini tular video seekor anak kambing berkepala babi.

“Tapi pada pandangan saya, anak kambing itu bukannya lahir berkepala babi tetapi lahir secara pramatang,” kata Sholeh.

Kenyataan itu turut disokong oleh seorang penduduk kampung yang hanya ingin dikenali sebagai Lukman dan memberitahu kejadian anak kambing berkepala babi itu telah diperbesarkan penduduk kampung.

“Sebenarnya anak kambing itu lahir secara pramatang dan bukannya lahir berkepala babi,” kata Lukman.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat