Tokyo 2020: Sasaran Pingat Diumum Gari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sasaran pingat buat Kontinjen Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 dijangka diumum petang ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memutuskan ia akan diumumkan seminggu sebelum Sukan Olimpik membuka tirai bermula 23 Julai hingga 8 Ogos ini.

Katanya, mesyuarat bersama Majlis Sukan Negara (MSN) akan diadakan secara maya jam 3.30 petang ini sebelum membuat keputusan berhubung perkara tersebut diumumkan.

Sebelum ini Reezal Merican menyandarkan tiga sukan iaitu badminton, berbasikal dan terjun yang mampu untuk menyumbang pingat buat kontinjen negara sama seperti di Rio 2016.

Pada temasya terakhir di Rio 2016, Malaysia yang diwakili 32 atlet melakar pencapaian terbaik negara dalam sejarah Olimpik dengan meraih empat pingat perak dan satu gangsa.

Malaysia pada Olimpik kali ini, akan diwakili oleh 30 atlet yang akan beraksi dalam 27 acara meliputi 10 jenis sukan, dengan matlamat utama kekal untuk merangkul pingat emas pertama Malaysia.

Atlet negara bakal berdepan dengan cabaran baharu di Sukan Olimpik susulan temasya berprestij itu diadakan dalam suasana yang cukup berlainan berbanding di Rio, Brazil pada 2016.

Ini susulan penganjur Olimpik Tokyo 2020 mengenakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bagi mengelakkan penularan COVID-19 berlaku di perkampungan Olimpik.

Sebelum berlepas, atlet negara perlu menjalani tiga kali ujian saringan COVID-19 mengikut protokol di Jepun.

PAda Sabtu lalu, 18 atlet terdiri daripada sukan renang, terjun, badminton, gimnastik dan memanah berlepas ke Tokyo.

Pada 8 Julai, empat atlet pelayaran berlepas ke Tokyo dengan kumpulan ketiga terdiri daripada sukan berbasikal trek, olahraga dan golf dijangka berlepas pada 25 Julai.

Atlet bukan saja perlu mengelak daripada dijangkiti Covid-19 tapi harus sedaya upaya agar tidak tersenarai dalam kontak rapat dengan mana-mana pesakit virus berkenaan ketika berada di Tokyo.

Ini kerana walaupun tidak dijangkiti tapi menjadi kontak rapat juga mungkin boleh berdepan dengan kemungkinan gagal menyertai temasya berkenaan.

kesemua atlet akan menjalani tempoh isolasi selama tiga hari, selain perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dibenarkan bergerak ‘bebas’ dan bercampur dengan atlet dari negara lain di Perkampungan Olimpik.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,546FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat