PM tidak tolak kemungkinan PRU15 lebih awal

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan diadakan lebih awal.

Ismail Sabri menjelaskan PRU15 boleh diadakan sebelum tempoh penggal ini berakhir pada Julai tahun hadapan dan semua jentera Barisan Nasional (BN) agar sentiasa bersiap siaga.

Perdana Menteri juga mengulangi apa yang beliau perkatakan sebelum ini bahawa secara lazimnya tarikh pilihan raya umum (PRU) tidak dibincangkan secara umum.

“Pilihan raya (PRU15) paling lewat boleh diadakan adalah pada bulan Julai (2023) dan tamat tempoh. Walaupun tamat tempoh (bulan) Julai ianya lebih kurang setahun daripada sekarang… setahun tidak lama bagi parti politik untuk menghadapi pilihan raya.

“Setahun bukanlah satu jangka masa yang lama, jadi kena bersedia. Itu kalau paling lewat setahun pilihan raya, mungkin (PRU) diadakan lebih awal daripada tarikh akhir penggal,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis Ramah Mesra Petugas Jalinan Rakyat (JR) Wanita Bera bersama Perdana Menteri di Kompleks Rakan Muda di sini, pada Ahad.

Tambah Ismail Sabri lagi, persediaan awal amat penting bagi memastikan jentera pilihan raya tidak kelam-kabut dan dapat bergerak lancar selepas tarikh pilihan raya diumumkan kelak.

Sementara itu, ditanya mengenai Akta Pendanaan Politik, Perdana Menteri berkata, perkara itu sedang dalam kajian awal dan melalui prosedur yang ditetapkan sebelum dibahas dan diluluskan.

Beliau berkata, pada masa ini Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Undang-Undang di bawah Jabatan Perdana Menteri telah diminta membuat kajian terperinci mengenai perkara itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat