PAS Tolak Idea ‘Khemah Besar’, Fokus Agenda Penyatuan Ummah – Mohd Amar

- Advertisement -

CYBERJAYA – PAS hari ini menegaskan parti itu menolak idea ‘khemah besar’, sebaliknya akan memfokuskan kepada agenda Penyatuan Ummah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, parti itu kekal dengan prinsip kerjasama politik yang menguatkan umat Islam.

“PAS berdiri teguh dengan prinsip kerjasama politik yang menguatkan dulu umat Islam, pada masa sama berdiri di satu perikatan dengan parti bukan Islam yang tidak ekstrim dan menjulang prinsip Perlembagaan Persekutuan.

“Kita tidak akan berhenti menyeru seluruh parti Melayu Islam baik UMNO dan BERSATU untuk bersama-sama dalam membina semula negara dan memperkukuhkan umat Islam,” katanya, menerusi satu kenyataan rasmi PAS hari ini.

Menurut Mohd Amar, prinsip PAS sebagaimana termaktub dalam Perlembagaannya juga jelas bahawa Islam yang paling utama.

Justeru itu, katanya, bagi menghadapi Pakatan Harapan (PH) ketika 2018 hingga 2019 lalu, PAS menggerakkan usaha muafakat ummah.

“Usaha itu dilaksanakan dengan parti Melayu seperti UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai ikhtiar menguatkan akar politik Melayu Islam yang semakin goyah.

“Namun, pada masa sama PAS menggerakkan usaha undi percaya kepada Perdana Menteri ketujuh di saat kedudukan beliau diganggu gugat.

“Semua ini tidak lain dan tidak bukan demi Islam dan prinsip kestabilan kerajaan yang dipegang PAS,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat