Anifah Nafi Terima Wang Daripada UKSB, Sedia Disiasat Untuk Bersihkan Nama

- Advertisement -

CYBERJAYA — Presiden Parti Cinta Sabah, Datuk Seri Anifah Aman hari ini menafikan dakwaan beliau pernah menerima wang daripada Ultra Kencana Sdn Bhd (UKSB) yang dikaitkan dalam kes membabitkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bekas Menteri Luar itu mengakui terkejut dengan laporan berkenaan berkata, beliau tidak pernah bertemu dengan bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun ataupun menerima wang daripadanya mahupun UKSB.

“Saya juga tidak tahu siapakah individu ini, dan tidak pernah membuat sebarang urusan dengan beliau di dalam apa jua cara sekalipun.

“Demi membersihkan nama baik saya, Saya bersedia dan akan membantu sebarang siasatan yang dilakukan pihak berkuasa di dalam perkara ini,” katanya, menerusi satu kenyataan malam ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat