Marah Dengan China, Rakyat India Tersilap Bakar Ukiran Kim Jong Un

- Advertisement -

BENGAL BARAT: Berikutan konflik di sempadan China-India yang menyaksikan puluhan nyawa tentera terkorban, sekumpulan pekerja di India membakar ukiran pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un sebagai tanda protes.

Tersilap katanya, ingatkan ukiran Presiden China, Xi Xinping.

Dalam sebuah video yang menjadi viral itu, sekumpulan lelaki memakai topeng muka berlambangkan parti pemerintah India, BJP dilihat membakar ukiran Kim Jong Un yang disangka mereka sebagai Perdana Menteri China.

Tak pasal famous kawan (Kim Jong Un) tu di Twitter.

Konflik yang berlaku di sempadan China-India itu setakat ini antara yang terburuk pernah berlaku melibatkan dua negara.

Berikutan kematian tinggi di kalangan tentera India, ada tekanan dalaman agar negara itu mengambil tindakan balas yang lebih serius.

Kedua-dua negara mempunyai sistem senjata nuklear sekalipun teknologi senjata China diketahui jauh lebih maju dari yang dimiliki India – News18

Terjemahan: SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat