PNB Masih Kunci Mulut Isu Kelayakan Jalil Rasheed

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti (SC) masih belum menerima penjelasan daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) berkenaan kelayakan akademik dan pengalaman kerja bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Abdul Jalil Rasheed.

Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, SC memaklumkan bahawa PNB dikehendaki memastikan semua maklumat pelantikan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan yang dikemukakan kepada SC adalah benar dan tepat.

Maklumat ini termasuk pengalaman kerja dan kelayakan akademik dengan jelas yang disertakan dalam borang permohonan dan dokumen sokongan.

”Baru-baru ini, SC dimaklumkan bahawa terdapat percanggahan dalam serahan oleh syarikat kepada SC berhubung kelayakan akademik dan pengalaman kerja bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya dan sehingga kini telah menerima pengesahan mengenai percanggahan dalam serahan tersebut.

”SC telah memohon penjelasan daripada pihak yang berkenaan mengenai percanggahan ini. Maklum balas PNB terhadap pertanyaan SC masih belum diterima,” menurut kenyataan tersebut.

Suruhanjaya Sekuriti mengeluarkan kenyataan berkenaan susulan laporan akhbar mengenai pelantikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB yang dikaitkan dengan kelulusan SC

”Pemegang CMSL dan lembaga pengarahnya dikehendaki menjalankan proses ketekunan wajar ke atas keupayaan dan kecekapan individu tersebut untuk mengetuai entiti berlesen.

“Ini termasuk menilai, antara lain, kemampuan individu tersebut untuk mempamerkan kemahiran dan ketekunan wajar dalam melaksanakan tugasnya,” tambahnya,

SC juga akan menjalankan penilaian kawal selia mengenai latar belakang individu berkenaan dengan agensi penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat