Dua Pegawai Tinggi Jabatan Penerangan Kehilangan Ibu Hari Sama

Kementerian Jumpa Pengurusan Zoo Negara Esok Bincang Pengukuhan Operasi

PUTRAJAYA - Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah akan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Zoo Negara pada hari Khamis ini...

PKPB Di Sabah Mungkin Dilanjutkan

KOTA KINABALU - Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Masidi Manjun membayangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah yang dijadual tamat 6 Disember ini mungkin...

Malaysia Tinjau Keberkesanan Vaksin Covid-19 Di UK

PUTRAJAYA - Malaysia akan melihat kepada tahap keberkesanan, kesan sampingan dan kualiti vaksin COVID-19 yang digunakan di United Kingdom (UK) sebelum membuat sebarang keputusan...

Aktiviti dan Operasi Koperasi Turut Terkesan Dengan Pandemik Covid – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR - Gerakan koperasi berjaya menjana pendapatan berjumlah RM45.7 bilion sehingga 31 Dis, 2019, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr...

UMNO Berhak Guna Logo BN, Yang Penting Tiada Pertembungan – PAS

KOTA BHARU - Pas bersikap terbuka terhadap hasrat UMNO yang akan menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti susulan...

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) Roselindawati Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik) Japen Datuk Mohd Sukari Ab. Hamid, masing-masing kehilangan bonda tercinta hari ini.

Ibu Roselindawati, bekas Senator Datuk Ainon Ariffin meninggal dunia pada usia 84 tahun akibat jangkitan paru-paru pada kira-kira 2 petang di rumah Allahyarhamah di Lembah Keramat di sini.

Ibu Mohd Sukari, Ramlah Kadir meninggal dunia pada usia 82 tahun akibat sakit tua pada kira-kira 9.30 pagi di rumah keluarganya di Kampung Bukit Kuala Kuang, Kupang, Baling, Kedah.

“Jenazah Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Kuala Kuang pada 5.30 petang hari ini,” kata adik Mohd Sukari, Zainuddin ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Sukari adalah anak kedua daripada enam adik beradik dilantik sebagai timbalan ketua pengarah Japen pada 1 Nov tahun lepas.

Sementara itu, jenazah Allahyarhamah Ainon selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam As-Sobirin AU4 Lembah Keramat pada kira-kira 10 malam ini.

Menurut anak ketiga Allahyarhamah, Rosalie, 62, ibunya menghidap penyakit diabetes hampir sepuluh tahun sebelum menghidap jangkitan paru-paru awal tahun ini.

“Arwah sebelum ini ada menyampaikan pesanan untuk kesejahteraan anak-anak dan mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya. Ketika hidup dia banyak tolong orang,” katanya ketika ditemui di Masjid As-Sobirin.

Rosalie berkata ibunya menjadi Senator Dewan Negara selama dua penggal dari tahun 1986 hingga 1992 dan pernah menjadi Ketua Wanita UMNO Titiwangsa.

Ainon meninggalkan lima orang anak iaitu dua lelaki dan tiga perempuan, dan Roselindawati merupakan anak keempat.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Kementerian Jumpa Pengurusan Zoo Negara Esok Bincang Pengukuhan Operasi

PUTRAJAYA - Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah akan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Zoo Negara pada hari Khamis ini...

PKPB Di Sabah Mungkin Dilanjutkan

KOTA KINABALU - Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Masidi Manjun membayangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah yang dijadual tamat 6 Disember ini mungkin...

Malaysia Tinjau Keberkesanan Vaksin Covid-19 Di UK

PUTRAJAYA - Malaysia akan melihat kepada tahap keberkesanan, kesan sampingan dan kualiti vaksin COVID-19 yang digunakan di United Kingdom (UK) sebelum membuat sebarang keputusan...