15 Orang Kena Jangkitan Kerana Buka Keranda Mayat Pesakit Covid-19

- Advertisement -

Semua sudah sedia maklum jika seseorang itu meninggal dunia disebabkan Covid-19 mereka akan dikebumi mengikut prosedur khas.

Salah satunya mayat tersebut akan dibalut dan disembur dengan cecair nyah kuman.

Baru-baru ini, dilaporkan 15 orang penduduk di Kampung Jati Mukim Waru, Sidoarjo, Indonesia disahkan positif Covid-19 gara-gara ada yang membuka keranda mayat yang dijangkiti.

Keluarga pada mayat yang dijangkiti virus itu, degil dan mereka ingkar dengan prosedur yang ditetapkan.

Menerusi laporan Detik News, Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa rasa kecewa dengan kejadian yang berlaku itu.

Menurut Khofifah, keluarga itu membuka keranda dan mandikan mayat itu sendiri tanpa mengikut prosedur.

Pemangku Bupati Sidoarjo, Nur Ahmad Syaifuddin memberitahu dia menerima maklumat tentang kes ini agak lewat dan sememangnya ia berlaku disebabkan kecuaian.

Selepas kejadian itu, pasukan petugas perubatan melakukan ujian swab ke atas keluarga mayat dan juga penduduk kampung di situ.

Akibat daripada kes ini, 15 orang disahkan dijangkiti dan mereka terpaksa menjalani kuarantin yang sangat ketat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat