Harga ayam dan sayur naik kerana kegagalan PN, kata ADUN PKR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung mendakwa, kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menajdi faktor peningkatan harga ayam dan sayur di pasaran.

Menurutnya, di Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor menunjukkan peningkatan harga pada ayam dan sayur berbanding sebelum ini.

Sebagai contoh, katanya, di Kota Bharu, harga ayam mencecah RM7 sekilogram berbanding RM3 sekilogram sebelum ini, manakala di Kedah pula, harga sayur seperti cili, tomato, kacang buncis dan daun sup naik antara RM1 hingga RM3 sekilogram.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lee berkata, kerajaan tidak serius dalam menangani jaminan makanan meskipun beliau sebelum ini pernah menegur kerajaan.

“Kegagalan kerajaan dalam menangani masalah rantaian bekalan semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) telah mengakibatkan petani mengambil tindakan mengurangkan hasil pertanian.

“Kini, permintaan barangan basah masih sama ataupun akan meningkat menjelang musim perayaan,” katanya.

Tambah Lee, kenaikan kos sewa tanah pertanian di Cameroon Highlands juga menambah beban petani dan secara tidak langsung mengakibatkan kenaikan harga sayur-sayuran.

Justeru, Lee menggesa kerajaan mengkaji semula keberkesanan 72 tapak Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) milik negara.

“Kerajaan perlu mengkaji semula keberkesanannya dan tamatkan kontrak sewa pengusaha yang tidak berdaya saing serta tidak mengusahakan tanah itu sendiri.

“Kontrak sewa patut diberikan kepada petani-petani yang tulen bagi meningkatkan pengeluaran makanan,” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat