Ramanan dilantik Pengerusi MITRA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Ramanan Ramakrishnan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas bagi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Ramanan yang juga Timbalan Ketua Penerangan PKR itu difahamkan sudah mendapat mandat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, lapor MalaysiaGazette.

Ramanan juga dilaporkan mengesahkan beliau akan mengadakan mesyuarat pertama bersama-sama empat lagi Ahli Jawatankuasa (AJK) yang baru dilantik dalam agensi tersebut.

“Esok, selepas mesyuarat kita akan adakan sidang media di pejabat MITRA di Putrajaya, kita akan maklumkan hala tuju dan perancangan,” katanya ringkas.

Difahamkan, AJK lantikan itu pula dibarisi oleh pimpinan masyarakat India pelbagai parti termasuk MIC, PKR, DAP.

Mereka ialah Ahli Dewan Negara, Datuk C. Sivarrajh, Ahli Parlimen Klang, V. Ganabatirau, Ahli Parlimen Segamat, R. Yuneswaran dan Ketua Pengarah MITRA, K. Raveendran Nair.

Untuk makluman, MITRA sebelum dijenamakan semula merupakan inisiatif bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan nama Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (Sedic) pada tahun 2013.

Dari awal lagi objektif utama penubuhan unit ini ialah untuk memperkasakan komuniti India di negara ini terutamanya golongan berpendapatan rendah dan B40 di negara ini yang mendapat ratusan juta ringgit saban tahun.

Selepas kekalahan besar kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2018, ia telah ditukar nama dan mula dikenali sebagai MITRA oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ketika era Datuk Seri Ismail Sabri menerajui negara sebagai Perdana Menteri, beliau meletakkan unit tersebut di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri selain ketika itu kerajaan juga meluluskan penubuhan Yayasan MITRA.

Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, MITRA seperti tidak sunyi dengan pelbagai dakwaan skandal penyelwengan malah ada dalam kalangan mereka terlibat didakwa di mahkamah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat