“Seni Tahi Anjing Kaulah”, Kata Bonda Rozita Kepada Aliff Syukri

- Advertisement -

PETALING JAYA – Berangkat ke Tanah Suci mengerjakan umrah hari ini, ibu kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman iaitu Bonda Rozita Ibrahim memohon maaf bagi pihak anaknya atas keterlanjuran perbuatannya yang masih tak serik mencetus kontroversi murahan.

Rozita yang berangkat ke Mekah pukul 1.30 petang hari ini berkata, dia tidak berpuas hati dengan tindakan anaknya yang berstatus jutawan itu kerana tidak habis-habis mencipta publisiti murahan. Kali ini, menerusi lagu raya berjudul Kelepok Raya.

“Bonda nak pergi umrah. Penerbangan pukul 1.30 petang hari ini. Saya dengan rendah diri minta maaf pada semua followers atau sesiapa saja yang pernah sakit hati dengan anak saya.

“Berbanyak-banyak minta maaf. Kalah hati bonda apabila dikelilingi cucu tapi nak sahaja tangan ini melepuk (Aliff),” katanya menerusi satu muat naik status terbaharu dalam Instagram.

Terdahulu, Aliff menerima kecaman hebat daripada netizen apabila berkongsi beberapa klip promosi lagu terbaharunya, Kelepok Raya yang menyaksikan sekumpulan lelaki menari dalam keadaan menggeletis mengalahkan perempuan dan menggayakan baju Melayu sendat.

Aliff bertegas bahawa karya muzik bersempena Aidilfitri yang bakal dikongsikan atau dilancarkan kepada umum Rabu ini merupakan satu bentuk atau cabang seni.

“Saya tak faham mak, apa salah saya? Tolonglah mak profesional sikit. Ini semua ‘art’ (seni),” kata Aliff.

Rozita kemudian membalas komen tersebut dengan menulis: ‘Art tahi kucing kaulah.” – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat