MOTAC Akan Memperincikan SOP Umrah dan Haji

MAKKAH: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memperincikan prosedur operasi standard (SOP) berkenaan ibadah di tanah suci khususnya dalam menggariskan peranan syarikat pengelola jemaah haji dan pengendali umrah.

Ketua Setiausahanya Datuk Noor Zari berkata SOP yang digariskan akan mengikut ketetapan semasa kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.

Noor Zari berkata MOTAC selaku kementerian yang mengawal selia pengendalian pakej umrah atau ziarah, berperanan melihat aspek SOP bagi kedua-dua negara dan hal-hal kebajikan jemaah Malaysia semasa mengerjakan umrah apabila pihak kerajaan bersedia membenarkan semula pelaksanaan ibadah itu.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menyertai delegasi Malaysia ke Arab Saudi bagi lawatan kerja Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang berakhir pada Ahad.

“Para delegasi berpeluang untuk mengikuti pelbagai protokol yang telah ditetapkan kerajaan Arab Saudi dalam melaksanakan ibadah sama ada di Masjidilharam atau Masjid Nabawi.

“Di samping itu para peserta delegasi juga berpeluang untuk meneliti dokumen dan kenyataan rasmi yang dikeluarkan kerajaan Arab Saudi berkaitan kebenaran mengerjakan ibadah haji yang lalu dan umrah terkini,” katanya.

Noor Zari berkata MOTAC dan delegasi terlibat turut mengadakan perbincangan bagi menyediakan draf kerangka SOP untuk dipertimbangkan kerajaan Malaysia sebagai persediaan sekiranya kerajaan Arab Saudi membenarkan ibadah itu berlangsung apabila sempadan antara kedua-dua negara kembali dibuka.

Perbincangan yang dibuat meliputi beberapa perkara penting seperti proses-proses dan keperluan melibatkan peranan pelbagai pihak berkaitan pelaksanaan SOP yang perlu dipatuhi pada tiga jangka waktu termasuk sebelum berangkat, semasa mengerjakan ibadah di Tanah Suci dan setelah kembali ke Malaysia.

Kerajaan Arab Saudi telah memperkenalkan dasar-dasar baharu dan menguatkuasakan SOP yang ketat sejak membenarkan semula aktiviti umrah kepada umat Islam selain warganegara Arab Saudi pada 1 Nov 2020 lalu.

“Pindaan dari semasa ke semasa turut dibuat kepada SOP tersebut selaras dengan langkah-langkah pencegahan COVID-19 di negara itu dan MOTAC mengikuti rapat sebarang perkembangan baharu berhubung perkara tersebut,” katanya.

– BERNAMA

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan...

Berita Berkaitan

Serangan Tentera Israel Di Masjid Al-Aqsa Satu Tindakan Keji Dan Tidak Berperikemanusian – Exco Pemuda UMNO

CYBERJAYA: Exco Pemuda UMNO Malaysia, Hafiz Ariffin mengecam serangan Tentera Israel terhadap umat Islam Palestin yang sedang beribadah di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis tanpa...

Malaysia Kecam Pencerobohan Dan Serangan Tentera Israel Di Masjid Al-Aqsa

KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan dan serangan tentera Israel di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis. Ketegasan Malaysia itu disuarakan oleh Menteri Luar, Dato' Seri Hishammuddin...

Pahang Sumbang RM10,000 Ringankan Bebanan Siti Sarah

RAUB: Kerajaan negeri Pahang menyumbang sebanyak RM10, 000 untuk membantu adik Siti Sarah Ishak yang telah menjalani pembedahan jantung kali ke-2 di Hospital CVSKL...