Langgar kereta sebelum pukul dengan kayu, samun

- Advertisement -

KLANG: Empat lelaki tempatan diberkas kerana disyaki melanggar sebuah kenderaan dari belakang dengan kereta dinaiki mereka sebelum menyamun dan mencederakan mangsa di Taman Sentosa, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata insiden kira-kira jam 4.30 petang dilaporkan berlaku ketika seorang pemandu lelaki bersama sepupunya sedang dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang.

“Kenderaan mangsa dikatakan tiba-tiba dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta jenis Honda Civic yang dinaiki empat lelaki.

“Suspek kemudian didakwa memecahkan cermin kereta, menarik mangsa keluar dari kenderaan dan memukulnya dengan menggunakan kayu.

“Malah, suspek didakwa turut merampas sebuah telefon bimbit milik sepupu mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikutan itu, beliau memaklumkan, dua klip video berdurasi 0.24 saat menunjukkan sekumpulan lelaki sedang menendang dan memecahkan cermin kenderaan di tepi jalan raya, tular dalam media sosial sejak semalam.

Mengulas lanjut, Shamsul Amar mengesahkan pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan video itu.

Bertindak atas maklumat dan laporan diterima, beliau berkata, kesemua suspek berumur 23 hingga 35 tahun berjaya itu ditangkap bermula jam 7 hingga 11 malam tadi di beberapa kawasan sekitar daerah Klang Selatan.

“Hasil ujian awal saringan air kencing mendapati semua suspek yang tiada pekerjaan itu positif dadah jenis methamphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394/427 Kanun Keseksaan,” katanya.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat