Thailand sering demonstrasi jalanan tapi institusi, ekonomi dan politik teguh – Shahrir Samad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad mengklasifikasikan teguran Datuk Seri Shahidan Kassim terhadap Datuk Seri Najib Razak sebagi hujah songsang.

Katanya, tindakan Shahidan mengkritik Najib yang dikatakan membantai kerajaan mengakibatkan pelabur asing tidak masuk.

“Hanyalah kadang-kadang perlu diperbetulkan hujah yang songsang. Seperti; kalau kerajaan di’bantai’, pelabur tak berani masuk.

“Hujah ini melindungi kelemahan kerajaan sendiri,” bidas Shahrir.

Bekas Pengerusi Felda itu menegaskan, apa yang yang penting bagi ekonomi sebuah negara ialah kestabilan institusi-institusinya, “instituitional stability”, yang tidak terjejas oleh politik kepartian.

“Contoh paling mudah: Thailand.

“Walaupun berlaku demonstrasi jalanan, tapi institusi-institusinya, ekonomi dan politik tetap teguh.

“Macam mana pelabur asing tidak geleng kepala bila melihat dan meninjau keadaan di negara kita,” jelas beliau.

Shahrir berkata, masa Pakatan Harapan (PH) lagi, perjanjian yang telah ditandatangani boleh diketepikan dan diubah begitu sahaja.

“Pentadbiran awam, yang juga termasuk penyiasatan dan kuasa pendakwaan, diganggu-gugat olih kepentingan politik, dari PH hinggalah kepada Perikatan Nasional (PN).

“Dan kesilapan terbesar sekali, pengisytiharan darurat tanpa sebab-sebab yang nyata, sehingga Parlimen tergantung,” tempelak beliau lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat