Covid-19: Sekolah Zon Merah Di Sarawak Ditutup 2 Minggu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Semua sekolah yang terletak di zon merah COVID-19 di Sarawak ditutup dua minggu bermula esok.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam Sidang Media Khas Penguatkuasaan SOP COVID-19 DI Wisma Bapa Malaysia, Kuching pada Isnin.

“Saya telah memutuskan bahawa semua sekolah di zon merah akan ditutup selama 14 hari bermula esok.

“Ini kerana kita mendapati terdapat penularan baharu di sekolah dan ia boleh mengakibatkan pelajar menyebarkan virus ini kepada ibu-bapa dan sebaliknya. Ada pula guru yang menjangkiti warga sekolah yang lain,” jelasnya.

Abang Johari menambah, demi kesihatan pelajar dan masyarakat di zon merah Kerajaan Negeri Sarawak memutuskan untuk menutupkan sementara operasi semua sekolah di kawasan berkenaan.

Setakat Ahad, lebih 100 kes jangkitan COVID-19 direkodkan melibatkan warga sekolah di seluruh Sarawak
termasuk 99 kes yang dikesan di sebuah sekolah menengah di Ulu Balingian.

Indeks kes merupakan seorang guru yang mengalami gejala pada 9 April 2021.
Kes pernah melakukan pergerakan rentas zon ke Daerah Kabong, Betong pada 31 Mac hingga 4 April lepas semasa cuti sekolah.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengesahkan institusi pendidikan awal kanak kanak turut ditutup untuk tempoh sama bermula esok.

Untuk rekod, Sarawak mempunyai 15 daerah berstatus zon merah yang mencatatkan jumlah 5654 kes dalam tempoh 14 hari lalu.

-Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat