Covid-19: Zahid Mahu Kerajaan Perkasa Sekuriti Makanan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menyedari kepentingan mempunyai jaminan bekalan makanan dalam negara terutama ketika berhadapan dengan krisis, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid mahu kerajaan memberi perhatian serius kepada perkara tersebut.

Menurut Zahid, “berdasarkan laporan buletin suku tahunan ketiga 2019 Bank Negara Malaysia (BNM), _‘import makanan’,_ Malaysia kekal sebagai pengimport makanan dengan kadar 24 peratus diimport. Pada tahun 2018 sahaja import makanan negara bernilai RM54 bilion, ini menunjukkan bahawa kita belum mencapai tahap kemandirian dalam bekalan makanan”.

“Walaupun kedudukan Malaysia dalam Indeks Keselamatan Makanan Global (Global Food Security Index) telah meningkat kepada tangga ke-28 pada tahun 2019, berbanding tangga ke-48 pada tahun 2018. Namun ketika negara dan dunia berhadapan dengan pandemik COVID-19 aspek sekuriti makanan tidak boleh dipandang ringan dan remeh*.

Oleh yang demikian, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional itu memberi beberapa cadangan untuk perhatian kerajaan:-

• Meningkatkan peruntukan belanjawan tahunan kepada sektor pertanian, perikanan dan penternakan.

• Memaksimumkan kadar guna tanah pertanian dan mengelakkan penukaran status tanah pertanian bagi tujuan perindustrian dan komersial.

• Memanfaatkan penggunaan teknologi baharu Revolusi Industri 4.0, seperti kecerdasan buatan (AI), automasi, analitik big data, dron dan robotik dalam pelaksanaan konsep pertanian pintar ‘ _smart farming’_ yang mampu meningkatkan produktiviti sektor pertanian.

• Menumpukan kepada pembangunan modal insan berkemahiran tinggi dalam sektor pertanian, perikanan dan penternakan.

• Kempen dan menggalakkan rakyat mengutamakan produk makanan tempatan.

Zahid berkata, beliau percaya sekiranya sekuriti makanan negara berada dalam keadaan stabil dan mencukupi ia dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada import bekalan makanan dan dapat meningkatkan aliran pertumbuhan ekonomi dalam negara serta mampu menjadi pelan kontingensi sekiranya wabak COVID-19 berlanjutan – sumber FB Zahid Hamidi

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat