YBR bantu 63 buah sekolah di Sabah

- Advertisement -

PENAMPANG — Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyediakan peruntukan bantuan sekolah rendah dan menengah di Sabah termasuk sekolah pendidikan khas bagi membantu sesi persekolahan yang telah pun bermula sejak Mac 2024.

Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata sebanyak 63 buah sekolah melibatkan 54 sekolah kebangsaan dan 9 sekolah menengah kebangsaan telah menerima bantuan melalui program bantuan sekolah YBR.

“Saya amat berterima kasih kerana YBR berterusan membantu sekolah-sekolah di Sabah dan berharap lebih banyak organisasi lain akan turut sama berganding bahu dalam memberi bantuan-bantuan tanpa mengira bentuk atau nilai wang ringgit bagi memartabatkan pendidikan ke peringkat seterusnya,” katanya pada majlis penyerahan bantuan sekolah-sekolah di Dewan SK St. Paul Kolopis, Penampang hari ini.

Turut hadir dalam sesi penyerahan ini adalah Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang, Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Dalam majlis yang sama Philip berkata, melalui kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, inisiatif ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah meningkatkan pencapaian akademik melalui sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang baru.

“Bantuan yang disalurkan kepada pihak sekolah ini diharapkan dapat memberi semangat dan motivasi kepada pihak sekolah untuk sentiasa meningkatkan momentum dalam membantu murid-murid serta ini sebagai salah satu strategi YBR dalam membantu komuniti setempat.

“Usaha ini merupakan inisiatif dalam membantu masyarakat terutamanya di dalam bidang pendidikan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sosioekonomi rakyat terutamanya di Sabah,” katanya.

Bantuan sekolah ini melibatkan murid dari kalangan Asnaf dan keluarga B40, dengan objektif membantu meningkatkan akademik murid-murid untuk sesi persekolahan bagi tahun 2024.

Bagi tahun 2023, seramai 10,726 murid telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.75 juta yang melibatkan 31 lokasi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat