Naikkan kelulusan kerajaan negeri kepada RM100 juta, Sabah boleh bantu kewangan Persekutuan – Anifah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sabah menuntut Kerajaan Persekutuan membenarkan State Government Approval (SGA) atau kelulusan kerajaan negeri dinaikkan daripada RM2.5 juta kepada RM100 juta agar lebih banyak pelabur berskala sederhana boleh masuk ke Sabah tanpa perlu melalui proses birokrasi yang panjang di peringkat Persekutuan.

Saran ini dikemukakan Senator Tan Sri Anifah Aman kerana katanya kenaikan ini secara tidak langsung juga akan membantu merancakkan semula ekonomi
dengan mewujudkan peluang pekerjaan serta meningkatkan hasil kutipan cukai kepada Kerajaan Persekutuan.

“Salah satu lagi inisiatif bagi menepati Perjanjian Malaysia 1963 adalah dengan membenarkan Kerajaan Sabah mengeluakan manufacturing license.

“Sekarang ini, sekiranya mana-mana pelabur dalam bidang pembuatan ataupun manufacturing ingin datang ke Sabah, sekiranya kos pelaburan mereka
melebihi RM2.5 juta, mereka memerlukan Federal Manufacturing License daripada Kerajaan Persekutuan.

“Hal ini kerana Kerajaan Negeri Sabah hanya boleh mengeluarkan State Government Approval, dengan izin, kepada pelaburan bernilai bawah daripada RM2.5 juta.

“Bahkan untuk mendirikan McDonalds pun sudah mencecah kos RM2.8 juta dan melebihi had RM2.5 juta yang ditetapkan Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, Saya ingin memohon agar State Government Approval dinaikkan kepada RM100 juta agar lebih banyak pelabur berskala sederhana boleh masuk ke
Sabah tanpa perlu melalui proses birokrasi yang panjang di peringkat Persekutuan,” katanya ketika perbahasan titah Diraja di Dewan Negara pada Selasa.

Tegas Anifah lagi, rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan hanya mahukan Kerajaan Persekutuan mengikuti Perlembagaan Persekutuan dalam semua
aspek.

“Perkara 112C dan Jadual 10 dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Kerajaan Persekutuan membayar sebanyak 40 peratus daripada
hasil kutipan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sabah.

“Saya berterima kasih kerana Kerajaan Persekutuan telah pun membayar RM300 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah sebagai bayaran interim.

“Namun demikian, kaedah pelaksanaan pembayaran 40 peratus masih sedang dirunding dan dibincang dalam Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia
1963 masih berjalan.

” Saya difahamkan bahawa perkara ini hampir dimuktamadkan di bawah pentadibiran Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya terkilan dan ingin tahu apakah yang masih perlu ditunggu lagi oleh rakyat Sabah dan Sarawak kerana Perlembagaan
Persekutuan jelas menyatakan hak-hak dan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak? soal beliau.

Anifah menambah, Sabah dan Sarawak berharap satu mekanisme bagi pelaksanaan sepenuhnya Perjanjian Malaysia 1963 seperti yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan dapat dibuat secepat mungkin.

“Baginda Tuanku telahpun bertitah “berharap agar perkara-perkara berkaitan perjanjian yang dimeterai dapat dimanfaatkan oleh semua pihak berkepentingan dalam memenuhi hasrat dan aspirasi demi kemakmuran bersama”.

“Memetik rakan Senator dari Sarawak Abun Sui Anyit, sekiranya perlu, Kerajaan Persekutuan juga hendaklah merangka dasar-dasar yang membolehkan
Sabah dan Sarawak dimajukan setara dengan Semenanjung Malaysia.

” That is our right, dengan izin. Sabah dan Sarawak telah menyumbang begitu banyak sekali kepada pembangunan negara tetapi jurang pembangunan Malaysia Timur dengan Semenanjung Malaysia sangat besar.

“Misalnya, Sabah merupakan pengeluar minyak mentah terbesar di Malaysia iaitu 52 peratus tetapi masih jauh ketinggalan dalam industri hiliran minyak dan gas.

” Apakah Kerajaan Persekutuan tidak boleh merangka dasar bersama-sama dengan Petronas agar industri Hiliran dapat
dibangunkan lagi di Sabah?

“Dan apakah kiranya Petronas sebagai contoh, yang mendapat lebih kurang RM80.7 billion keuntungan memberikan sekurang- kurangnya RM5 billion kepada Sabah bagi tujuan pembangunan, ” syor Anifah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat