Kurma butter viral, boleh ambil dengan kuantiti sedikit -KKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ramadan 2024 kali ini heboh diperkatakan mengenai hidangan kurma berintikan butter (mentega).

Hari ini Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan pengambilan kurma butter itu wajar diambil secara sederhana.

“Memang benar gabungan kurma dan mentega sememangnya membantu memberikan tenaga yang anda perlukan.

“Namun, perlu diingatkan pengambilannya juga haruslah secara sederhana dan tidak berlebihan terutamanya dengan gaya hidup rakyat Malaysia yang tidak aktif.

“Sebaiknya, ambil dengan kuantiti yang sedikit dan utamakan pengambilan hidangan lebih seimbang yang lengkap dengan sumber karbohidrat, protein serta sayur dan buah,” katanya.

Menurut KKM, ia bukan sahaja dapat memberikan tenaga malah memenuhi keperluan nutrien lain yang diperlukan badan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat