TDM patahkan cubaan seludup keluar 340 guni bawang import India ke Indonesia

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

BAU – Seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun disyaki cuba menyeludup keluar 340 bungkus bawang import India ke sempadan Indonesia namun kecundang dan berjaya dipatahkan oleh sepasukan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) pada Ahad.

Demikian menurut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD).

MK PMTTD berkata, unit yang sedang menjalankan operasi di bawah formasi Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan barang di Sektor Op Awas/Keris Parang di sini.

“Pada jam 11.15 pagi, anggota tentera yang sedang melaksanakan penugasan rondaan di Ladang Sawit Empaling berada pada jarak lebih kurang 400 meter dari sempadan negara jiran, Indonesia,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah menahan dan membuat pemeriksaan lanjut ke atas sebuah lori dalam keadaan tertutup dan mencurigakan cuba melepasi sempadan serta mendapati pemandunya gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berhubung barang kawalan berkenaan.

“Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bau oleh pihaknya, susulan tangkapan itu dan kesemua hasil rampasan termasuk lori Mitsubishi Fuso yang dianggarkan bernilai RM158,960.00 telah diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kuching untuk tindakan selanjutnya,” katanya .

Menurut kenyataan itu lagi, pihaknya akan terus komited untuk memperketatkan kawalan sempadan Malaysia – Indonesia bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan kegiatan penyeludupan serta jenayah rentas sempadan. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat