Lawatan UTK Sandakan ke MAWILLA 2, tingkat ilmu pengetahuan

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

SANDAKAN – Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cawangan Sandakan telah mengadakan lawatan ke Fasiliti Kebuk Mampatan atau Recompression Chamber (RCC) milik Cawangan Selam, Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) pada Isnin.

Bahagian Komunikasi Strategik, MAWILLA 2 dalam satu kenyataannya berkata, lawatan ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai fungsi dan kelebihan RCC kepada 19 anggota UTK PDRM.

“RCC adalah satu – satunya kemudahan merawat penyakit berkaitan penyelaman yang terdapat di Sandakan.

“Tambahan pula, pasukan UTK Sandakan turut melakukan aktiviti penyelaman di sekitar perairan Sabah,” katanya.

Menurutnya lagi, RCC merupakan peralatan utama bagi pasukan penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merupakan instrumen untuk memastikan keselamatan semasa aktiviti penyelaman dibuat.

“Antara penyakit yang biasa dirawat ialah keracunan gas karbon monoksida, decompression sickness dan arterial gas embolism,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, mereka turut diberikan taklimat ringkas oleh Ketua Pegawai Staf Selam MAWILLA 2, Leftenan Komander TLDM, Ghazali Soleman dan Pegawai Perubatan Selam (Hyperbaric and Underwater Medicine) Kapten Dr. Muhammad Faiq Hashim.

“Diharap dengan adanya lawatan ini akan meningkatkan antara TLDM dengan PDRM dalam mengekalkan kestabilan, kesiapsiagaan aset, sumber manusia dan keselamatan negara kita,” katanya lagi. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat