Menteri Pertahanan santuni warga TLDM

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

JOHOR BAHRU – Menteri Pertahanan Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berbesar hati menyantuni 500 warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam Majlis Berbuka Puasa di Pangkalan TLDM Johor Bahru pada Ahad.

Demikian menurut kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan (Mindef).

“Pangkalan TLDM Johor Bahru adalah merupakan lokasi kedua dalam siri jelajah Menteri Pertahanan bagi menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada tahun ini.

“Mohamed Khaled telah menyampaikan sumbangan kebajikan oleh Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) kepada 20 orang warga TLDM terdiri daripada anak-anak istimewa (Orang Kurang Upaya) dan pesakit kronik.

“Sumbangan yang dizahirkan ini adalah merupakan inisiatif dalam membantu meringankan beban warga TLDM dalam suasana menyambut dan mendepani Ramadan,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, Mohamed Khaled turut menyampaikan penyerahan mock cheque peruntukan senggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) TLDM berjumlah RM69.5 juta kepada Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob.

“Simbolik penyerahan peruntukan ini membuktikan Kementerian Pertahanan sentiasa cakna dan komited dalam usaha memelihara kebajikan dan kemaslahatan warga TLDM.

“Selesai berbuka puasa, Mohamed Khaled bersama-sama warga TLDM telah menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah yang dipimpin oleh Pegawai Agama KD Sultan Ismail, Mejar Mohd Harith Masood,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, Mindef sedang menetapkan perolehan kumpulan dua bagi tiga buah Kapal Misi Pesisir Pantai (LMS) TLDM, pembinaannya dijangka mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan selepas perolehan berkenaan selesai.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Ts. Shamsuddin Hj. Ludin dan Panglima Pasukan Simpanan TLDM, Laksamana Pertama Azeman Yusoff. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat