AmanahRaya agih bubur lambuk kepada pelanggan

- Advertisement -

Kuala Lumpur:  Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) hari ini meneruskan tradisi agihan bubur lambuk kepada pelanggan yang berkunjung di lbu Pejabat dan Cawangan Kuala Lumpur.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Ahmad Feizal Sulaiman Khan, agihan turut diadakan secara konsep ‘Pandu Lalu’ kepada orang ramai yang menggunakan laluan Jalan Melaka dan Jalan Ampang.

Jelasnya, sebanyak 800 set bubur lambuk dan air mineral diagihkan pada kali ini menerusi program Rezeki Ramadan 1445H yang merupakan insitiatif AmanahRaya dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“program Rezeki Ramadan ini merupakan platform komunikasi di antara AmanahRaya dengan masyarakat sekitar selain daripada mengambil keberkatan sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

“kami percaya ia merupakan inisiatif terbaik yang perlu dicontohi oleh semua pihak bagi mendekati masyarakat selaras dengan konsep Malaysia Madani iaitu bagi melahirkan masyarakat penyayang dan ambil peduli,” katanya.

Kata Ahmad Feizal lagi, program agihan tersebut yang bermula pada jam 4.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang turut dihadiri oleh barisan Pengurusan bersama lebih 100 orang pegawai Kumpulan AmanahRaya.

Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) merupakan syarikat milik penuh kerajaan yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pemegang Amanah Raya dan Pegawai Pentadbir Pusaka yang telah ditubuhkan sejak tahun 1921.

AmanahRaya merupakan sebuah syarikat Pemegang Amanah utama di Malaysia yang telah dikorporatkan pada tahun 1995, melalui Akta Perbadanan Amanah Raya 1995.

AmanahRaya menyediakan Perkhidmatan Wasiat, Pentadbiran Pusaka dan Pengurusan Peramanahan. Di samping itu, AmanahRaya melalui anak-anak syarikatnya menawarkan Peramanahan Korporat, Pengurusan Aset dan Dana Pelaburan Harta Tanah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat