Polis Mersing tahan reman lelaki liwat remaja bawah umur

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis Mersing menahan reman tiga hari seorang lelaki berusia 36 tahun di Kampung Penyabong, Endau untuk untuk siasatan kes liwat empat remaja lelaki bawah umur.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani, mengesahkan tangkapan lelaki berusia 36 tahun itu, namun tidak mengulas lanjut.

“Ada tangkapan berkaitan kes liwat. Kes masih dalam siasatan.

“Masih dalam siasatan sebab ini kejadian lama,” katanya.

“Siasatan menjurus kes dilaporkan,” katanya ringkas.

Abdul Razak berkata, setakat ini pihaknya menerima laporan daripada dua pengadu berkenaan.

Difahamkan, suspek kerap membawa mangsa-mangsa menyertai program sukarelawan memandangkan suspek bergiat aktif dalam program NGO dan sukarela di daerah Mersing.

Keempat-empat mangsa tampil membuat laporan polis setelah mengetahui suspek ditangkap susulan kes liwat melibatkan pelajar bawah umur lain.

Polis malah tidak menolak kemungkinan akan ada lagi mangsa akan membuat laporan polis berkaitan kejadian tersebut berdasarkan pergaulan suspek yang aktif dengan pelajar sekolah bawah umur.

Kesemua mangsa telah diarahkan melakukan pemeriksaan di Hospital Daerah Mersing untuk mengesahkan kejadian ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat