Isu stoking: Ambil tindakan segera, pastikan dalang menerima hukuman – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Naib Presiden UMNO, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Tegasnya, ia bagi memastikan dalang yang bertanggungjawab menerima hukuman.

Katanya lagi, polemik ini telah menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

”Polemik isu penjualan stoking yang tertera kalimah ALLAH di kedai serbaneka KK Mart di Bandar Sunway Piramid, Petaling Jaya, telah menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

”Ianya merupakan satu penghinaan kepada agama Persekutuan, terutamanya bagi kami yang menganutinya.

”Laporan polis telah mula digerakkan oleh Pemuda UMNO Malaysia dan diikuti beberapa NGO lain.

”Saya memohon agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan bagi memastikan dalang disebalik kejadian ini menerima hukuman,” katanya menerusi kenyataan Facebooknya, pada Selasa.

Dalam pada itu, kata Wan Rosdy lagi, isu ini juga sudah mula menerbitkan bibit-bibit perbalahan antara kaum.

Justeru adalah wajar isu ini diselesaikan segera sebelum ianya melarat menjadi sesuatu yang lebih buruk.

”Untuk itu, saya mengharapkan seluruh rakyat di negara ini agar dapat menjaga sensitiviti kaum dan agama bagi memastikan keharmonian dan kesejahteraan dapat terus dikekalkan.” ujarnya.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat