Skuad Memanah Negara Berjaya Rangkul Pingat Emas Di Kejohanan Piala Asia 2023

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Skuad memanah negara mencipta sensasi apabila berjaya merangkul pingat emas acara berpasukan pada Kejohanan Piala Asia 2023 Peringkat 1, Touyuan, Taiwan hari ini.

Pasukan yang dibarisi trio Mohd Juwaidi Marzuki, Mohammad Syafiq Md Ariffin dan Muhammad Alang Ariff itu menumpaskan skuad India dalam perlawanan akhir dengan kemenangan tipis 226-225 dalam acara Compound lelaki.

Pasukan Kazakhstan pula terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas menewaskan Thailand 228-223 dalam satu lagi perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.

Sementara itu Juwaidi berjaya membuktikan bahawa dia berada di kelas tersendiri apabila membawa pulang pingat gangsa dalam acara compound individu lelaki.

Pemanah berpengalaman itu menewaskan atlet Filipina Paul Marton De La Cruz 146-141, manakala emas dan perak disambar pemanah India Pawan Gat dan Priyansh. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat