Masa Untuk Bina Semula Kekuatan Parti – Mohammad Fakhruddin

- Advertisement -

KUANTAN – Keputusan pemilihan UMNO peringkat Bahagian Pekan yang berlangsung semalam menyaksikan Exco Kerajaan Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff dipilih sebagai ketua yang baharu.

Beliau yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Bebar berjaya mengatasi undian diterima pemangku ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Zamri Ramly dan bekas speaker dewan undangan negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Ishak Muhamad.

Mohammad Fakhruddin dalam satu kenyataan media hari ini memaklumkan amanah diberikan kepadanya adalah satu tugas berat yang perlu digalas.

“Saya tidak mampu untuk memperkuatkan parti tanpa sokongan semua pihak dan saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk UMNO Pekan.

“Dalam masa sama, saya menyeru semua pihak, khususnya yang bertanding agar dapat bersama-sama membina semula kekuatan parti,” katanya.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang itu juga mengingatkan semua pihak bahawa keutamaan parti adalah untuk memenangi pilihan raya umum ke-16 dan mengembalikan semula UMNO sebagai parti disukai rakyat.

“Dalam setiap pertandingan sudah tentulah ada yang menang dan ada yang kalah, sekarang masa untuk kita memandang dan bergerak ke hadapan demi UMNO.

“Kita perlu bersama-sama membina semula UMNO dan mengelakkan sebarang perselisihan yang akhirnya akan melemahkan parti yang kita sayangi ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat