YBR Tawar Akses Perpustakaan Digital (E-Library) Kepada Pelajar Di Pantai Timur

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nilam berpeluang menikmati ruang khas Perpustakaan Digital (E-Library) untuk pelajar sekitar Terengganu mendapatkan akses maklumat dan bahan-bahan secara digital.

Prihatin dalam meningkatkan taraf pendidikan tanpa sempadan, Yayasan Bank Rakyat (YBR) bersetuju untuk menyediakan Serambi Ilmu Rakyat (SIR) Corner di UniSZA dan SMK Seri Nilam yang bertujuan bagi menggalakkan pembacaan dalam platfom digital serta membudayakan amalan membaca dikalangan rakyat terutamanya dikalangan belia di negeri pantai timur itu.

Melihat kepada usaha ini, Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berbesar hati hadir dan menyempurnakan Majlis Perasmian E-Library UniSZA dan SMK Seri Nilam ini.

Dalam ucapannya, beliau memaklumkan inisiatif ini merupakan inisiatif pertama pada tahun ini yang dilaksanakan di sekolah dan SMK Seri Nilam merupakan sekolah pertama yang mempunyai perpustakaan digital di Malaysia di mana sebelum ini YBR lebih memfokuskan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Upacara gimik penyerahan ‘SIR Corner’ ini telah diserahkan kepada Naib Canselor UniSZA, Profesor Dr. Fadzli Adam. Turut hadir dalam majlis ini ialah di Unisza Ketua Pustakawan, Norulhuda Makhtar, Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin serta Pengurus Serambi Ilmu Rakyat, Zatul Hasanah Mohd Radzhuan.

‘SIR Corner’ merupakan projek baru tahun 2022 yang bertujuan menyediakan satu ruang yang dilengkapi dengan set komputer, meja dan 50 keahlian E-Library, bagi memudahkan perkongsian maklumat melalui koleksi bahan-bahan bacaan digital SIR yang bersesuai dengan komuniti setempat.

‘YBR juga berharap pelajar-pelajar dapat menggunakan peluang ini sebagai salah satu platform mencari bahan-bahan digital dan informasi terkini dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan’ katanya.

Sementara itu (dalam majlis yang lain), satu Majlis Perasmian SIR Corner di SMK Seri
Nilam turut diadakan yang disertai oleh guru-guru serta pelajar sekolah tersebut di Pusat Sumber Al-Mumtazin hari ini.

Upacara gimik penyerahan ‘SIR Corner’ ini telah diserahkan kepada Pengetua SMK Seri Nilam, Marzuki Musa.

Syaiful Rizal berkata, selain misi membantu mereka yang kurang bermampuan terutama masyarakat luar bandar, pedalaman dan miskin bandar, SIR Corner ini turut memberi peluang kepada pelajar sekolah untuk menjadikan perpustakaan sebagai sebuah hab pendidikan tanpa sempadan selain ruang untuk mendapatkan bahan bacaan secara fizikal.

Justeru, YBR telah memperuntukkan sebanyak RM350,000.00 setiap tahun untuk langganan dan pangkalan data bahan-bahan digital SIR dari pihak pembekal. Usaha ini bertujuan menggalakkan tabiat membaca buat pelajar-pelajar dan masyarakat tanpa sempadan masa dan lokasi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat