Vaksin COVID-19: Jerman sambung penggunaan AstraZeneca

- Advertisement -

BEBERAPA negara termasuk Itali, Perancis, Sepanyol dan Jerman mengumumkan akan meneruskan semula penggunaan AstraZeneca.

Sementara Sweden berkata, ia memerlukan beberapa hari untuk membuat keputusan mengenai perkara itu.

Penyambungan semula pengunaan AstraZeneca di Jerman disahkan Menteri Kesihatan Jens Spahn yang turut mengalu-alukan penemuan Agensi Perubatan Eropah (EMA) sebagai berita baik dan ditunggu-tunggu.

“Keputusan EMA mengesahkan keselamatan dan kualiti vaksin AstraZeneca. Ini satu berita baik,” katanya pada sidang media di Berlin pada Khamis.

“Matlamat kami, dan ini matlamat bersama kerajaan persekutuan dan semua 16 negeri Jerman, adalah supaya vaksinasi dengan AstraZeneca dapat dimulakan seawal esok hari,” tambahnya.

Jerman antara 13 negara Kesatuan Eropah (EU) yang menggantung penggunaan AstraZeneca selepas timbul beberapa laporan mengenai risiko pembekuan darah susulan pengambilan vaksin itu.

Sementara itu, Sepanyol, Portugal dan Belanda memutuskan akan meneruskan semula penggunaan AstraZeneca minggu depan, susulan dapatan daripada EMA itu

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,575FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat