Stadium Sultan Ibrahim, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur terawal sambut kehadiran penonton

KUALA LUMPUR: Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri dan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras menjadi dua venue terawal yang bakal menerima semula kehadiran penonton apabila kebenaran penonton ke stadium mula berkuat kuasa 1 April ini.

Ini selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan dua perlawanan Liga Super membabitkan aksi Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Melaka United FC pada 2 April dan Kuala Lumpur City FC bertemu Sabah (3 April) dipilih sebagai projek perintis menilai keberkesanan protokol pengurusan penonton

Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan menyifatkan keputusan itu amat penting dalam usaha memastikan saingan Liga-M dapat kembali diserikan dengan kehadiran penonton.

“Kedua-dua perlawanan simulasi ini cukup penting bagi mendapatkan kelulusan membenarkan kelab membuka kehadiran penonton ke stadium melalui proses penilaian MFL di mana venue tersebut layak jika kriteria-kriteria itu lengkap berdasarkan syarat ditetapkan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan kehadiran penonton ke stadium atau venue bagi kejohanan sukan seperti Liga-M berkuat kuasa 1 April.

Antara syarat ditetapkan ialah 10 peratus kapasiti atau 2,000 penonton di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) manakala bagi kawasan PKP Pemulihan (PKPP) pula adalah 25 peratus kapasiti atau 8,000 penonton dengan kedua-duanya melibatkan kawalan penyeliaan sepanjang masa.

“MFL merakamkan penghargaan kepada pihak kerajaan yang telah membenarkan penonton kembali ke stadium pada bulan ini. Ia adalah satu petanda positif kepada semua penyokong terutama industri bola sepak sendiri di mana hanya kejohanan bola sepak sahaja dibenarkan penonton ke stadium,” kata Ab Ghani.

Jelas beliau perkembangan itu bakal menjadi suntikan semangat kepada pasukan bertanding selepas senario bola sepak negara sudah setahun sunyi tanpa sorakan penyokong susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penangguhan Liga-M sejak Mac tahun lepas.

Katanya MFL tetap akan memastikan gelembung sukan kekal terpelihara serta terus mengekalkan amalan pematuhan operasi prosedur standard (SOP) di sebalik kebenaran tersebut.

“Nasihat saya kepada penyokong, sama-sama kita mengekalkan pematuhan SOP dalam misi memutuskan rantaian pandemik COVID-19 dan ingatlah bahawa jangan kita sesekali tidak memanfaatkan peluang ini selepas pihak kerajaan membenarkan penonton ke stadium,” tambah beliau.

Ab Ghani menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) atas sokongan kepada sukan bola sepak tempatan sepanjang kempen Liga-M musim 2020 dan 2021.

– BERNAMA

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

Berita Berkaitan

Olimpik Tokyo: 264 Atlet, Pegawai Terima Vaksin 13 April

SUBANG JAYA: Atlet negara yang layak ke Sukan Olimpik Tokyo akan menerima suntikan vaksin COVID-19 seawal 13 April ini. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal...

England Tempang Tanpa Rashford, Saka

LONDON: Marcus Rashford dan Bukayo Saka diketepikan dari skuad England untuk kempen kelayakan Piala Dunia bertemu Albania dan Poland, umum Persatuan Bolasepak (FA) England,...

Jadikan Kejayaan All England Perangsang Untuk Bekerja Lebih Keras, Pesan Muhyiddin Kepada Zii Jia

KUALA LUMPUR - Kejayaan manis jaguh perseorangan lelaki negara yang merangkul Kejuaraan Badminton All England 2021 malam tadi menarik perhatian Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin...