DAP Terbuka Cari Konsensus Dengan Mana-Mana Parti – Anthony Loke

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: DAP sentiasa terbuka untuk mencari konsensus, dengan mana-mana parti, sama ada dalam kalangan parti rakan dalam gabungan atau parti yang lain.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata ini adalah pendirian parti itu yang ingin berusaha dengan mana-mana pihak demi mencapai kebaikan buat rakyat.

“Politik itu dinamik. Kami tidak menutup pintu kerjasama di masa hadapan namun pada masa sekarang, pendirian kami jelas berhubung beberapa pemimpin dalam UMNO,” kata Loke apabila ditanya tentang kemungkinan kerjasama dengan parti tersebut.

Beliau merujuk kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang berhadapan dengan kes di mahkamah atau telah pun disabit kesalahan.

“Apabila saya bersembang dengan rakyat, ada yang memberi pandangan bahawa untuk mewujudkan kestabilan, dua parti yang mempunyai perwakilan terbesar di Parlimen, iaitu UMNO dan DAP perlu duduk semeja dan berbincang.

“Namun, ingin saya ingatkan bahawa perkara ini memerlukan keberanian, bukan sahaja dari satu pihak tetapi kedua-dua pihak. Adakah UMNO bersedia untuk duduk semeja dan berbincang?

“DAP sentiasa terbuka untuk mencari konsensus, bukan sahaja bersama rakan dalam gabungan, tetapi parti lain juga,” kata beliau dalam sesi temu bual program Consider This pada Khamis malam – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat